Usahawan jana pendapatan berganda

Muhammad Huzaifah (dua dari kanan) menerima peralatan daripada kementerian yang akan digunakan untuk mengembangkan tanaman harumanisnya.
Muhammad Huzaifah (dua dari kanan) menerima peralatan daripada kementerian yang akan digunakan untuk mengembangkan tanaman harumanisnya.
A
A
A

KANGAR - Bantuan perniagaan disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui agensi di bawahnya berjaya meningkatkan pendapatan usahawan terutamanya golongan agropreneur muda.

Seorang usahawan bakeri, Nor Hidayah Radzli, 35, mengakui pendapatannya kini meningkat sehingga tiga kali ganda sebulan dengan hanya bermula sebagai pengusaha kek dari rumah pada 2008.

Menurutnya, perjalanan hidup bergelar seorang usahawan muda bermula selepas dia mengalami kemalangan pada 2007 di Langkawi yang menyebabkan kaki kanannya gagal berfungsi dengan baik sehingga hari ini.

“Selepas terlibat dalam kemalangan, setahun kemudian saya mula membuat kek di rumah kerana tidak mampu lagi pergi bekerja sebagai seorang chef di Langkawi.

“Dalam tempoh itu, saya banyak bergantung kepada ibu bapa kerana tidak mampu membawa kereta sendiri.

Nor Hidayah dan suami bersyukur kerana perniagaannya semakin berkembang sejak tiga tahun lalu.
Nor Hidayah dan suami bersyukur kerana perniagaannya semakin berkembang sejak tiga tahun lalu.

“Saya mula membuka kedai bakeri sendiri pada tahun 2017 hasil bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Syukur kek yang dihasilkan mendapat permintaan dari seluruh negara,” katanya semasa menerima lawatan Timbalan Ketua Setiausaha Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid semalam.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Exco Pertanian dan Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Perlis, Nurulhisham Yaakob.

Nor Hidayah yang ditemani suaminya, Mohd Zaid Ahmad, 35, turut menerima sebuah ketuhar daripada Haslina untuk membuat kek coklat sempena Program Walkabout Jelajah Agropreneur Muda (JAM) Zon Utara di Arkeb Mara, Simpang Empat dekat sini.

Wanita itu yang kini menggajikan lima pekerja tetap dan lima pekerja sambilan turut memberitahu, membuka sebuah lagi kedai bersebelahan pada 2018 yang diuruskan suaminya.

Sementara itu, seorang lagi usahawan muda yang berkecimpung dalam industri mangga harumanis, Muhammad Huzaifah Abdul Nasir, 32, berkata, bantuan usahawan yang diterimanya mampu membantu meningkatkan lagi hasil tanaman yang diusahakannya di Kampung Paya Besar dekat sini.

Gambar berkumpulan Jelajah Agropreneur Muda Zon Utara 2020 dan promosi MAHA 2020 bersama 40 usahawan muda di Ladang Nira Nipah Kipli, Kuala Sanglang.
Gambar berkumpulan Jelajah Agropreneur Muda Zon Utara 2020 dan promosi MAHA 2020 bersama 40 usahawan muda di Ladang Nira Nipah Kipli, Kuala Sanglang.

Muhammad Huzaifah menerima sumbangan bagi fasa ketiga iaitu mesin rumput, pam air dan mesin gergaji yang diserahkan oleh Haslina bagi membantunya berkembang maju dalam industri tanaman tersebut.

Melalui bantuan berkenaan, Muhammad Huzaifah yang berkelulusan Diploma Pengurusan Ladang berkaitan buah mangga bercadang menambah sebanyak 20 pokok harumanis berikutan permintaannya menggalakkan.

“Pada tahun 2019, sebanyak 3,500 buah mangga harumanis dapat dikeluarkan dari dua kebun dan mendapat permintaan tinggi dari Perlis sehingga Johor,” katanya.

Dia juga turut merancang membuka farm homestay sebagai kemudahan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati musim bunga mangga harumanis dan keenakan buahnya di negeri ini.

“Perancangan ini akan dilaksanakan kira-kira dua tahun dari sekarang,” katanya.