Pengumuman penghargaan untuk rakyat esok bakal membawa manfaat - PM

PUTRAJAYA - Perdana Menteri berharap pengumuman yang bakal diumumkan esok akan membawa manfaat buat segenap rakyat.
Menerusi hantaran di laman sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sekali gus mencerminkan usaha bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
"Insya-ALLAH, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi," katanya pada Selasa.
Terdahulu, Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan pengumuman itu akan dibuat jam 10.30 pagi.
Anwar minggu lalu memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagaimanapun pada Isnin, beliau memberitahu memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian susulan perkembangan pemukiman Kerajaan Madani di Port Dickson, Negeri Sembilan sehari sebelumnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

