Esok atau lusa PM umum penghargaan luar biasa kepada rakyat

Anwar ketika hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai di Puspanitapuri hari ini. - Foto: Bernama
Anwar ketika hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai di Puspanitapuri hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa satu pengumuman berkaitan penghargaan luar biasa kepada rakyat akan dibuat dalam tempoh sehari dua ini.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi Isnin, Anwar berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian lanjut susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad.

“Saya sedang mempertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan rakyat.

“Saya sudah nyatakan, dalam sehari dua ini saya perlu membuat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya tetapi ia memerlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya.

Minggu lalu dalam hantaran di laman sosial, Anwar memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat. 

Bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya kerana tiada penjelasan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberi bayangan pengumuman tersebut mempunyai kaitan dengan pertemuan tertutup melibatkan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada Isnin.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!