CEO Astronomer 'curang' di konsert Coldplay digantung tugas

Aksi mereka berpelukan mesra menjadi bahan jenaka di pelbagai platform media sosial sejak dua hari lalu. - Foto Agensi
Aksi mereka berpelukan mesra menjadi bahan jenaka di pelbagai platform media sosial sejak dua hari lalu. - Foto Agensi
A
A
A

CINCINNATI - Firma perisian Amerika Syarikat (AS), Astronomer menggantung tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka selepas insiden kecurangan di konsert Coldplay diketahui umum dan terus menjadi bahan jenaka di media sosial sejak dua hari lalu.

Jurucakapnya menerusi platform X pada lewat Jumaat mengesahkan Andy Bryon telah diarahkan bercuti setelah skandalnya bersama staf sendiri sedikit sebanyak telah menjejaskan imej syarikat itu.

"Lembaga Pengarah telah memulakan siasatan rasmi mengenai perkara itu dan butiran tambahan akan dikongsi dalam masa terdekat.

"Astronomer komited terhadap budaya dan nilai positif yang membimbing kami sejak penubuhan firma ini," menurut kenyataan itu lagi.

Difahamkan, pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Produk, Pete DeJoy telah dilantik sebagai CEO sementara.

Sehingga kini, Byron masih mengunci mulut dan tidak mengesahkan lelaki yang ditegur vokalis Coldplay, Chris Martin ketika sedang berpelukan mesra dengan Ketua Pegawai Sumber Manusia (HR), Kristin Cabot yang dipaparkan skrin gergasi ketika konsert di Stadium Gillette di Foxborough, Massachusetts pada Rabu lalu ialah dirinya. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!