[VIDEO] CEO Batu didakwa amang seksual tunjuk gambar aib

A
A
A

AMPANG - Seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan pada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Mei lalu.

Muhamad Iqbal (depan, kanan) tersenyum ketika disapa jurugambar sebaik tiba di Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis bagi menghadapi satu pertuduhan kes amang seksual bukan fizikal, Mei lalu.
Muhamad Iqbal (depan, kanan) tersenyum ketika disapa jurugambar sebaik tiba di Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis bagi menghadapi satu pertuduhan kes amang seksual bukan fizikal, Mei lalu.

CEO Batu atau nama penuhnya, Muhamad Iqbal Muhamad, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamarudin.

"Saya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan," kata lelaki itu.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal itu dengan niat untuk dilihat oleh mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun 10 bulan, di sebuah premis di Batu Caves di sini pada jam 1.16 pagi, 16 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie manakala tertuduh diwakili peguam-peguam, Mohd Anif Rafih, Amer Haiqal Mohd Yusof dan Muhammad Zulhanif Mohd Anas.

Hakim, Norshila membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 Ogos depan.

Polis sebelum ini mendedahkan, perlakuan suspek terhadap mangsa dipercayai bermula sejak awal Mei lalu.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh tersebut kepada remaja bawah umur berkenaan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!