Tindakan tegas pihak berkuasa bukan untuk aniaya pemandu, penumpang

Tindakan tegas diambil JPJ terhadap kenderaan perdagangan atau bas atas kesalahan undang-undang tidak perlu dipersoalkan termasuklah peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar. Foto hiasan
Tindakan tegas diambil JPJ terhadap kenderaan perdagangan atau bas atas kesalahan undang-undang tidak perlu dipersoalkan termasuklah peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar. Foto hiasan
A
A
A

BUKAN niat untuk membebankan pemandu, sebaliknya tindakan tegas diambil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap kenderaan perdagangan atau bas atas kesalahan undang-undang tidak perlu dipersoalkan.

Ini termasuklah peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar ke atas semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran bermula 1 Julai lalu.

Bukan itu sahaja, mana-mana pemandu yang terlibat dalam kemalangan, lesen memandu vokasional (PSV) atau lesen kenderaan perdagangan (GDL) mereka akan digantung serta-merta

Merak Jalanan percaya pihak berkuasa tidak saja-saja meletakkan peraturan selain mahu memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin. Akhir-akhir ini beberapa insiden menyayat hati berlaku melibatkan kematian.

Tragedi bas melibatkan 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu masih terkesan.

Begitu juga kehilangan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam di Teluk Intan 13 Mei lalu.

Apabila baca laporan di akhbar-akhbar, rasa sebak dan sedih. Anak kehilangan ayah yang menjadi tulang belakang mencari sumber rezeki. Ibu bapa hilang anak yang menjadi harapan sebagai warga pendidik suatu hari.

Merak Jalanan sangat yakin memperketat undang-undang sedia ada adalah langkah berkesan penguat kuasa untuk memastikan pengguna berasa selamat berada di atas jalan raya.

Kita jangan pula memandang sinis usaha penguatkuasaan yang dilaksanakan ini. Mungkin pada mulanya agak janggal, misalnya dalam undang-undang pemakaian tali pinggang untuk penumpang, tapi Merak Jalanan percaya lama-lama kelamaan pasti akan terbiasa untuk mematuhinya.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa bukan hendak menganiaya, tetapi nak memastikan tragedi tidak lagi berulang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!