Lelaki maut 'disedut' enjin pesawat

Insiden itu telah menjejaskan operasi lapangan terbang tersebut. Foto Agensi
Insiden itu telah menjejaskan operasi lapangan terbang tersebut. Foto Agensi
A
A
A

MILAN - Lapangan Terbang Antarabangsa Bergamo di Itali yang menawarkan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah dari dan ke lokasi berhampiran Milan terpaksa ditutup sementara pada Selasa.

Penutupan operasi itu dibuat selepas seorang lelaki 'disedut' enjin pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas.

Jurucakap lapangan terbang itu mengesahkan pihak berkuasa telah melancarkan siasatan terhadap insiden tersebut.

"Mangsa berusia 35 tahun itu bukan penumpang mahu pun kakitangan kami. Laporan awal menyebut individu itu dilihat berlari di kawasan landasan selepas dia memandu dalam keadaan melawan arus menuju ke terminal," ujarnya.

Sementara itu, agensi berita ANSA melaporkan tragedi itu melibatkan pesawat milik syarikat penerbangan Volotea. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!