Dua juruterbang maut dalam nahas pesawat latihan tentera udara

NEW DELHI - Dua juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat latihan Tentera Udara India di negeri Rajasthan pada Rabu.
Pesawat latihan jenis Jaguar itu terhempas semasa menjalani latihan rutin berhampiran daerah Churu.
"Kedua-dua juruterbang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia dalam kemalangan itu. Tiada kerosakan pada mana-mana harta benda awam dilaporkan,” menurut Tentera Udara India dalam satu kenyataan.
Pasukan penyiasat telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca nahas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
