KPN nafi anak bekas menteri ditahan di Singapura

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan anak lelaki kepada bekas menteri ditahan Imigresen Singapura kerana membawa wang berjumlah RM2 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, maklumat yang kini sedang tular itu tidak benar.

"Berita itu tidak betul. Tiada tangkapan dan tiada rampasan.

"Polis sedang menyiasat individu yang memulakan dan menyebarkan berita palsu itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan anak seorang pemimpin kanan Pakatan Harapan ditahan selepas cuba membawa RM2 juta ke Singapura.

Sementara itu, sebuah portal turut mendakwa penahanan itu dibuat pihak Imigresen negara berkenaan kerana gagal mengisytiharkan wang tersebut.

Artikel Berkaitan: