[VIDEO] Hajiji beri bayangan Sidang DUN Sabah kali ini yang terakhir sebelum PRN

A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor seolah-olah mengesahkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berlangsung selama dua hari ini adalah yang terakhir sebelum dibubarkan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN dan memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat kepada media dalam masa terdekat.

“Kira-kira begitulah. Tarikh itu saya tidak boleh maklumkan sekarang. Tunggu apabila sudah ditetapkan, kita akan panggil semua rakan media untuk umumkan tarikhnya.

“Sabar, tidak lama lagi. Jangan tanya bulan. Jangan anggap ia automatik. Itu terpulang kepada Ketua Menteri. Saya perlu 'bermimpi' dahulu untuk tahu bila tarikh paling baik,” katanya berseloroh kepada pemberita selepas menghadiri sidang DUN di sini pada Selasa.

Hajiji ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN yang terakhir selesai bersidang.
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN yang terakhir selesai bersidang.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan agihan kerusi bersama rakan-rakan parti, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut masih dalam proses perbincangan.

“Kita sudah mengadakan satu atau dua pertemuan dengan rakan-rakan yang perlu, dan akan dimuktamadkan sebelum pembubaran DUN,” katanya.

Ditanya lanjut mengenai pihak yang terlibat dalam kerjasama tersebut, Hajiji menegaskan bahawa kerajaan negeri pada masa ini adalah di bawah gabungan GRS-Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

“Yang jelas sekarang, kerajaan hari ini ialah GRS-PH, itu asas kita. Yang lain nanti kita lihat bagaimana,” katanya.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!