Sidang DUN Sabah: ADUN cadang bina jalan raya hubungkan Sabah-Indonesia

Datuk Dr Yusof Yacob
Datuk Dr Yusof Yacob
A
A
A

 

KOTA KINABALU - Kerajaan dicadang untuk membina jalan raya yang menghubungkan Sabah dengan Indonesia menerusi laluan Long Pasia, Sipitang dan Kalimantan Utara.

Datuk Dr Yusof Yacob (Gagasan Rakyat-Sindumin) berkata, ia sesuai dengan kewujudan Heart of Borneo (HOB) yang menjadi titik pertemuan antara tiga wilayah Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

"Pada masa ini bekalan keperluan di Long Bawan di Kalimantan Utara diterima dari Lawas, Sarawak dan sekiranya jalan raya ini dibina akan memberi limpahan ekonomi kepada Sipitang disebabkan juga di Kalimantan Utara ini banyak hasil bumi seperti arang batu dan bijih emas.

"Adalah lebih ekonomi kalau jalan raya daripada Kalimantan Utara tembus ke Long Pasia dan ke Sipitang terutama di Sipitang kini sudah ada Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

"Lebih dekat membawa barang ke Sipitang daripada Kalimantan Utara berbanding ke Pontianak yang jaraknya lebih kurang 700 kilometer (km) atau ke Tarakan leih kurang 400 hingga 500 km," katanya ketika mengemukakan pada soalan tambahan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Isnin.

Tambah beliau lagi, sempadan antara Sabah dan Kalimantan Utara begitu panjang kalau cuma satu jalan raya dibina dari Kalabakan Tawau ke Semanggaris.

Katanya, disebabkan Indonesia sudah membangunkan sempadan dari Tarakan hingga ke Pontianak, ada keperluan kajian dilakukan untuk menambah jaringan menghubungkan jalan raya dari Sabah ke Kalimantan Utara Indonesia.

“Ketika ini Kalimantan ada 17 juta penduduk dan kalau digabung Sabah, Sarawak dan negara Brunei Darussalam kita ada 23 juta penduduk.

Artikel Berkaitan:

"Bila ada Nusantara, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan akan ada 12 juta penduduk, keseluruhan penduduk di Kalimantan berjumlah 30 juta,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Yacob berkata, sudah tiba masanya kerajaan melihat perkara ini dan melakukan perundingan antara Sabah, Sarawak dan Indonesia untuk menjadikan HOB sebagai satu wilayah atau bandar raya baharu.

"Ini kerana, di Kalimantan Utara banyak hasil dan memberi manfaat kepada Sabah dan juga Sarawak melalui Pelabuhan SOGIP yang akan dibina tidak lama lagi," katanya

Pada masa sama, Dr Yusof berkata, beliau tidak menghalang pembinaan jalan raya yang akan menghubungkan Sabah dengan Indonesia tetapi berharap pembinaan jalan raya dari Siipitang, Long Pasia ke Kalimantan dapat direalisasikan.

Ini kerana menurutnya, banyak produk dari Kalimantan Utara boleh dibawa ke Sipitang menerusi Pelabuhan SOGIP yang boleh memberi limpahan ekonomi untuk Sipitang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!