Peter mohon semakan hukuman jel 3 tahun, denda RM50,000 sebelum PRN Sabah

Pihak bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah memohon Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menetapkan tarikh pendengaran semakan terhadap sabitan dan hukuman yang dihadapi Datuk Peter Anthony sebelum pembubaran DUN Sabah dilaksanakan.
Pihak bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah memohon Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menetapkan tarikh pendengaran semakan terhadap sabitan dan hukuman yang dihadapi Datuk Peter Anthony sebelum pembubaran DUN Sabah dilaksanakan.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pihak bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah memohon Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menetapkan tarikh pendengaran semakan terhadap sabitan dan hukuman yang dihadapi Datuk Peter Anthony sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dilaksanakan.

Permohonan itu membabitkan rayuan Peter, 54, terhadap keputusan mahkamah sama yang mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lalu.

Semasa prosiding, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Peter selaku pemohon berkata, DUN Sabah bakal dibubarkan tidak lama lagi, dipercayai menjelang September depan.

“Anak guam juga merupakan ADUN Melalap, jadi kita berharap pendengaran permohonan ditetapkan sebelum tarikh itu,” katanya.

Mohamed Haniff berkata demikian selepas panel tiga hakim dipengerusikan Hakim, Datuk Azman Abdullah memaklumkan bahawa, prosiding berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain.

Hakim, Azman yang bersidang bersama Hakim-Hakim, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Dr Lim Hock Leng berkata, penangguhan dibuat kerana mahkamah perlu meneliti alasan penghakiman penuh kes terbabit.

“Setelah berbincang dan meneliti hujahan serta afidavit yang difailkan, ia telah menyentuh kepada alasan penghakiman ringkas.

“Jadi kami perlu melihat alasan penuh untuk meneliti keseluruhan permohonan,” katanya.

Panel kemudiannya menetapkan prosiding bersambung pada 20 Ogos depan selepas tidak mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan selaku responden yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Artikel Berkaitan:

Pada 14 Mac lalu, Peter memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022.

Berdasarkan notis usul itu, beliau memohon mahkamah mengkaji semula serta mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Peter turut memohon pembatalan waran memenjarakan pada tarikh sama yang dikeluarkan kepada Penjara Kajang serta apa-apa perintah berbangkit bagi memastikan keadilan kes tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!