Kertas siasatan Himpunan Rakyat Bebas Rasuah 2.0 dirujuk ke AGC

Mohamed Usuf
Mohamed Usuf
A
A
A

 

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung Himpunan Rakyat Bebas Rasuah 2.0 di ibu negara sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kertas siasatan kes terbabit sudah diserahkan kepada AGC pada 2 Julai lalu.

Katanya, polis masih menunggu perkembangan kes daripada pihak AGC untuk tindakan lanjut.

“Seramai 19 orang saksi terdiri daripada 11 anggota polis, empat petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua wartawan dan dua peserta himpunan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya pada Selasa.

Minggu lalu, polis memaklumkan telah meneliti rakaman kamera dan bahan bukti lain yang diperoleh ketika penganjuran perhimpunan berkenaan.

Sebelum itu, pada 29 Jun, polis menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 yang dianjurkan Sekretariat Rakyat Benci Rasuah bermula dari Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian berarak ke Dataran Merdeka, Jalan Raja.

Laporan dibuat susulan insiden seorang peserta daripada Gabungan Mahasiswa menyalakan suar hingga mengakibatkan kepulan asap tebal di lokasi perhimpunan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atau Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 14 akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!