Kes suami isteri jual video lucah dirujuk ke pendakwa raya

Kes pasangan suami isteri yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi sosial dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Kes pasangan suami isteri yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi sosial dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kes pasangan suami isteri yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan mempromosikan video lucah secara dalam talian melalui aplikasi media sosial telah dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kes berkenaan dirujuk pada Isnin.

“Kes telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini.

“Kedua-dua suspek masih dalam tahanan reman,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri yang sudah mempunyai empat cahaya mata dicekup kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dan mempromosikan video lucah secara dalam talian melalui aplikasi media sosial.

Kedua-dua suspek, warga tempatan berusia 34 tahun, diberkas oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam kira-kira jam 8 malam, 1 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pasangan terbabit dipercayai mula bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.

Suspek lelaki, iaitu suami kepada wanita terbabit, dipercayai berperanan sebagai pencipta kandungan dengan mempromosikan penjualan video lucah serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan video lucah dan langganan pelacuran daripada pelanggan atau follower.

Wanita terbabit pula dipercayai berperanan sebagai pelacur yang membantu melariskan penjualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam setiap video yang dihasilkan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e), Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!