Lelaki maut jatuh dalam kolam ikan

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan. Gambar hiasan
Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan di Batu 20, Kampung Sungai Nangka Jelai di Batu Kurau, malam Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia lingkungan 40-an dan bomba menerima panggilan pada 8.02 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya anggota bomba di tempat kejadian 16 minit kemudian, didapati mangsa terbaring di tebing kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Setelah pasukan perubatan Kementerian Kesihatan tiba, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Operasi bomba tamat pada 9.38 malam. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya di Batu Kurau
  • Kejadian berlaku malam Selasa di Kampung Sungai Nangka Jelai, Batu 20
  • Mangsa berusia lingkungan 40-an
  • Anggota bomba tiba di tempat kejadian 16 minit selepas menerima panggilan
  • Mangsa disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!