Covid-19: Tiga lagi kematian direkodkan di Indonesia

Tiga lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) direkodkan di Indonesia, menjadikan jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada empat, akibat virus itu di republik tersebut setakat hari ini.
Tiga lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) direkodkan di Indonesia, menjadikan jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada empat, akibat virus itu di republik tersebut setakat hari ini.
A
A
A

JAKARTA- Tiga lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) direkodkan di Indonesia, menjadikan jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada empat, akibat virus itu di republik tersebut setakat hari ini.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah dua wanita masing-masing berusia 57, dan 37 tahun, yang merupakan kes positif ke-35 dan ke-36, serta seorang lelaki berusia 58 tahun, iaitu kes positif ke-50.

Beliau berkata, 35 lagi kes baharu positif jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini, 69 kes.

"Mereka (yang meninggal) masuk ke RSPI (Rumah Sakit Penyakit Infeksi Sulianti Saroso, Jakarta) dalam keadaan tenat, menggunakan alat bantuan pernafasan dan meninggal ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung, menerusi stesen televisyen tempatan.

Mangsa pertama yang meninggal pada 11 Mac lepas adalah seorang wanita warga Britain di Bali, yang merupakan kes ke-25 positif virus itu.

"Sebanyak 35 lagi kes baharu yang disahkan hari ini, melibatkan mereka yang berusia 2 tahun (kanak-kanak lelaki), sehingga yang berusia 80 tahun," katanya.-Bernama

Artikel Berkaitan: