Gara-gara TikTok, budak nyaris maut tersedak rambutan

Aksi cemas budak lelaki tersedak buah rambutan nyaris maut ketika bermain aplikasi TikTok. - Foto Tribun News
Aksi cemas budak lelaki tersedak buah rambutan nyaris maut ketika bermain aplikasi TikTok. - Foto Tribun News
A
A
A

JAKARTA - Akibat teruja melakukan aksi di aplikasi TikTok, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut apabila tersedak buah rambutan ketika menari dan 'lip sync' bersama tiga rakannya.

Menerusi laporan Tribun News, rakaman itu menunjukkan empat sekawan sedang menari dengan tiga kanak-kanak perempuan di hadapan manakala kanak-kanak lelaki berdiri di belakang.

Tanpa disedari, kanak-kanak lelaki tiba-tiba memegang leher dengan mata terbeliak selain mendiamkan diri.

Dia dilihat sukar bernafas namun selepas beberapa saat, tiba-tiba kanak-kanak itu mengeluarkan sebiji rambutan daripada mulutnya dan wajahnya menunjukkan kelegaan.

Bagaimanapun insiden mencemaskan itu tidak disedari tiga rakannya yang terus menari dan membuat aksi comel untuk tatapan netizen.

Video dimuat naik di Instagram @makassar_iinfo itu ditonton lebih 25,000 tontonan hingga tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan: