Pasar borong Bahau ditutup akibat Covid-19 tidak benar

Pengurusan Pasar Borong Bahau menafikan pasar itu ditutup serta-merta selepas dikuarantin akibat wabak Koronavirus (Covid-19).
Pengurusan Pasar Borong Bahau menafikan pasar itu ditutup serta-merta selepas dikuarantin akibat wabak Koronavirus (Covid-19).
A
A
A

JEMPOL- Pengurusan Pasar Borong Bahau menafikan pasar itu ditutup serta-merta selepas dikuarantin akibat wabak Koronavirus (Covid-19).

Penyelianya, Leon Tey berkata, beliau menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu sejak semalam sehingga menyebabkan kegusaran kepada pelanggan yang kebanyakannya masyarakat Melayu.

"Kami masih menjalankan operasi seperti biasa bermula jam 4.30 pagi hingga jam 10 malam dari Isnin hingga Ahad.

"Selain itu, kami telah mengambil langkah -langkah pencegahan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Leon berkata, pihaknya juga sentiasa memastikan persekitaran premis bersih dan memberi jaminan bahawa bekalan jualan mencukupi.

Kami berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebaran berita tidak benar sehingga menyebabkan kegusaran dan situasi panik dalam kalangan masyarakat," katanya.

Katanya, dakwaan mengenai pemilik pasar borong ke Jepun ketika ini adalah tidak benar dan tiada keperluan untuk berada di negara itu ketika ini.

Artikel Berkaitan: