Lori kontena bawa barangan plastik musnah terbakar

Sebuah lori kontena yang membawa muatan barangan plastik musnah terbakar hampir 80 peratus.
Sebuah lori kontena yang membawa muatan barangan plastik musnah terbakar hampir 80 peratus.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebuah lori kontena yang membawa muatan barangan plastik musnah terbakar hampir 80 peratus di Kilometer 123.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala utara berhampiran Sungai Dua awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian.

Anggota bomba sedang berusaha memadam api pada kontena berkenaan.
Anggota bomba sedang berusaha memadam api pada kontena berkenaan.

“Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Butterworth dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota termasuk penyelia.

"Kebakaran dipercayai melibatkan bahagian kontena lori yang sarat dengan barangan plastik, manakala kepala lori sempat dikeluarkan dan berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 4.16 pagi dan kebakaran sepenuhnya dipadamkan pada jam 4.39 pagi.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi sisa pembakaran tersembunyi turut dilaksanakan sebelum lokasi diserahkan kepada Pasukan Forensik Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kepala Batas dan Raja Uda.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!