'Detik ajaib' kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat 20

BEIJING - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun berdepan 'detik ajaib' apabila dia terselamat setelah terjatuh dari balkoni tingkat 20.
Mangsa dikenali sebagai Qiang Qiang dilaporkan ditinggalkan secara bersendirian selama beberapa minit oleh neneknya ketika kejadian di Chongqing, China pada 19 Jun lalu.
"Pada mulanya kanak-kanak itu dilihat sedang nyenyak tidur sebelum kejadian itu berlaku.
"Mujur pokok dan semak telah menyelamatkannya daripada impak lebih kuat yang berisiko meragut nyawanya," menurut laporan media tempatan.
Qiang Qiang mengalami beberapa patah tulang dan kecederaan dalaman.
Tindakan pantas pengawal keselamatan yang berlari membawa kanak-kanak itu ke hospital berhampiran yang terletak sejauh kira-kira 800 meter juga antara faktor menyelamatkannya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

