Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan diteruskan

Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan hari ini diteruskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah walaupun negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.
Gambar kanan: Zulkifli
Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan hari ini diteruskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah walaupun negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19. Gambar kanan: Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM – Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah walaupun negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun semua pihak perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

"Setelah mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, solat Jumaat di wilayah-wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan.

"Bagaimanapun khutbah solat Jumaat dipendekkan selain orang ramai dinasihatkan mengambil wuduk di rumah manakala pihak masjid diminta menyediakan penutup mulut dan cecair pembasmi kuman sebagai langkah pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka yang mengalami simptom Covid-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Artikel Berkaitan: