HRPZII pendekkan tempoh lawat pesakit

Notis makluman perubahan waktu melawat HRPZII.
Notis makluman perubahan waktu melawat HRPZII.
A
A
A

KOTA BHARU - Pihak pentadbiran Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini memendekkan tempoh orang ramai untuk melawat pesakit di hospital berkenaan susulan peningkatan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam negara.

Pengarahnya, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, tempoh lawatan dipendekkan kepada jam 1 tengah hari hingga 2 petang dan jam 5 hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan hujung minggu.

“Pada masa sama, individu yang mempunyai penyakit seperti asma atau berada dalam keadaan tidak sihat dinasihatkan supaya mengelakkan daripada datang berjumpa pesakit di dalam wad.

“Arahan ini berkuat kuasa serta-merta dan dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah sekali gus mengurangi risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan kakitangan hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Selasawati
Dr Selasawati

Beliau berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dilarang melawat di dalam wad bagi tujuan sama.

“Perkara ini sudah dimaklumkan melalui notis-notis yang dikeluarkan dan memohon orang ramai agar mematuhinya demi melindungi kesihatan dan kebaikan semua.

“Sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Artikel Berkaitan: