Tiada solat Jumaat di Perlis hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - [DIKEMASKINI] Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat pada hari ini di negeri ini digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), titah Raja Perlis itu setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkembangan penularan Covid-19.

"Selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak KKM mengenai Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, maka MAIPs bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail memutuskan supaya solat Jumaat di seluruh Perlis pada 13 Mac 2020 digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu berisiko dilarang solat jemaah di masjid

"Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh KKM.

Kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat hari ini di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
Kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat hari ini di seluruh negeri ini diganti dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

"Justeru itu pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan," titah baginda dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baginda turut mengingatkan pengurusan masjid-masjid di seluruh Perlis mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

Artikel Berkaitan:

"Individu Muslim perlu mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan," katanya.