Majlis Rumah Terbuka Istana Johor pada hari raya kedua

Poster jemputan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Poster jemputan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Istana Besar Johor, di sini Ahad ini.

Poster bagi jemputan yang diadakan pada hari raya kedua itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor dan DYMM Permaisuri sekeluarga berkenan menerima kunjungan rakyat pada hari raya kedua.

"Rakyat boleh menghadiri majlis tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari," menurut hantaran itu.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran dalam Facebook rasmi beliau, turut menjemput seluruh rakyat di negeri itu memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023/1444H yang akan diadakan di kediaman rasminya di Saujana, di sini esok

Beliau berkata, semua rakyat dijemput hadir bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi telah mengumumkan bahawa umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok. - Bernama