KPM tangguh semua program sukan, aktiviti kokurikulum sekolah

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan kesemua aktiviti melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac ditangguhkan ke tarikh yang dimaklumkan kelak.

Kementerian dalam kenyataannya berkata, penangguhan itu selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

"Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan koronavirus 2019 yang dikeluarkan KKM," katanya.

KPM turut menasihati warganya menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak.

"KPM mengambil cakna berhubung penularan Covid-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini," katanya.

Dalam kenyataan itu, KPM menggesa mereka yang bergejala menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respo Krisis (CPRC) Kebangsaan.

"Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa," katanya.

Artikel Berkaitan: