Pemergian Muhammad Nur Manuty kehilangan besar dunia dakwah, keilmuan Islam - Fahmi

Fahmi (kiri) menyifatkan pemergian Muhammad Nur Manuty sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam dunia dakwah dan keilmuan Islam. Foto Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi (kiri) menyifatkan pemergian Muhammad Nur Manuty sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam dunia dakwah dan keilmuan Islam. Foto Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemergian Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam dunia dakwah dan keilmuan Islam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Allahyarham dikenang sebagai seorang murabbi yang dihormati serta tokoh ilmuwan yang memperjuangkan kefahaman Islam yang mencerahkan.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita menerima berita pemergian Pengerusi IKIM Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty, pagi tadi.

"Bagi kami di @KEADILAN, beliau antara watak penting yang membentuk asas perjuangan parti berteraskan nilai ilmu, keadilan dan kemanusiaan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya menerusi hantaran di laman X pada Khamis.

Muhammad Nur, 76, meninggal dunia pada jam 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi, selepas solat Asar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!