Tujuh bekas Exco menghadap Sultan Perak

Kenderaan membawa ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing masuk ke pekarangan Istana Kinta.
Kenderaan membawa ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing masuk ke pekarangan Istana Kinta.
A
A
A

IPOH - Tujuh bekas Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat hadir ke Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Mereka adalah empat ahli DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How; Wong May Ing (Pantai Remis); A Sivanesan (Sungkai); Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi).

Turut dipanggil menghadap ADUN Simpang Pulai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Kar Hing dan ADUN Manjoi, Asmuni Awi serta ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Selasa lalu, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan perlucutan jawatan semua anggota Exco berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal letak jawatan MB Perak

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Sekitar jam 2.30 petang tadi, tiga pemimpin parti Perikatan Nasional Perak menghadap Sultan Nazrin bagi mempersembah warkah persetujuan menamakan tiga calon Menteri Besar daripada parti komponen masing-masing.

Artikel Berkaitan: