Covid-19: Elak urusan di ibu pejabat SSM hari ini, esok

Kenyataan media berkaitan kerja-kerja sanitasi di ibu pejabat SSM Ahad ini.
Kenyataan media berkaitan kerja-kerja sanitasi di ibu pejabat SSM Ahad ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menjalankan kerja-kerja nyahkuman atau sanitasi secara menyeluruh di ibu pejabatnya di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur Sentral pada Ahad ini.

SSM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, bagi memastikan pelaksanaan sanitasi yang optimum, para pelanggan dinasihatkan untuk tidak melawat ibu pejabat SSM bermula hari ini sehingga esok.

"Tindakan ini diambil sebagai langkah pencegahan dan kesediaan terhadap wabak koronavirus (Covid-19) serta mencerminkan keprihatinan SSM terhadap keselamatan semua pihak.

"Para pelanggan digalakkan untuk menggunakan kemudahan-kemudahan dalam talian yang disediakan SSM dan mengelak dari menggunakan perkhidmatan kaunter kami di Menara SSM@Sentral melainkan jika tiada pilihan," katanya.

Perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan SSM boleh diakses di pautan berikut iaitu bagi pendaftaran perniagaan di https://ezbiz.ssm.com.my/?0, pendaftaran syarikat https://mycoid2016.ssm.com.my/ dan perkongsian liabiliti terhad https://www.myllp.com.my/.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel: enquiry@ssm.com.my

Artikel Berkaitan: