Dua lelaki ditahan rentas sempadan guna pangkalan haram Sungai Golok

Tangkapan jam 8 pagi pada Rabu dilakukan terhadap seorang lelaki tempatan dan warga negara Pakistan semasa penugasan Op Taring Wawasan. Foto PGA
Tangkapan jam 8 pagi pada Rabu dilakukan terhadap seorang lelaki tempatan dan warga negara Pakistan semasa penugasan Op Taring Wawasan. Foto PGA
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram parkir di Sungai Golok di sini pada Rabu.

Tangkapan jam 8 pagi itu dilakukan terhadap seorang lelaki tempatan dan warga negara Pakistan semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen keluar masuk yang sah.

PGA menahan dua lelaki yang merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram parkir di Sungai Golok, Rantau Panjang pada Rabu. Foto PGA
PGA menahan dua lelaki yang merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram parkir di Sungai Golok, Rantau Panjang pada Rabu. Foto PGA

"Lelaki tempatan yang ditahan disiasat bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

"Warga Pakistan pula disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Ujar beliau, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!