Rasuah lebuh raya: SPRM rakam keterangan Tan Sri buat kali ketiga

Keadaan di lokasi kediaman seorang ahli perniagaan pada Khamis.
Keadaan di lokasi kediaman seorang ahli perniagaan pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi merakam keterangan buat kali ketiga, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana sukuk sebuah lebuh raya di Lembah Klang pada Khamis.

Hasil tinjauan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios tiba di kawasan kediaman tersebut pada jam 9.10 pagi.

Kawasan kediaman itu masih dikawal oleh anggota polis bantuan yang meletakkan kon penghadang bagi mengelakkan orang awam menghampiri lokasi berkenaan.

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata bahawa proses merakam keterangan individu yang disiasat akan disambung hari ini.

Proses mengambil keterangan oleh pasukan penyiasat tersebut merupakan kali ketiga selepas tindakan serupa dilakukan pada 11 dan 12 Jun lalu.

Sebelum ini, SPRM telah menyita aset dalam negara berjumlah RM141 juta dan sedang mengesan aset luar negara bernilai RM15 juta, yang dikaitkan dengan penyelewengan dana sukuk bagi projek pembinaan lebuh raya berkenaan.

Jumlah yang disita melibatkan akaun individu bernilai RM4.5 juta, akaun syarikat RM33 juta, kondominium mewah dan tanah RM24.5 juta, jam tangan mewah RM26 juta, sembilan unit kereta mewah RM7.65 juta serta barangan kemas dan berlian bernilai RM10 juta.

Barangan lain yang disita termasuk tas tangan mewah bernilai RM6 juta, jongkong, patung emas dan syiling emas yang dianggarkan bernilai RM3 juta, serta empat ekor kuda bernilai RM400,000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!