Rasuah lebuh raya: Keterangan Tan Sri direkodkan Khamis ini

Azam
Azam
A
A
A

SHAH ALAM - Keterangan pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri yang disiasat kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang akan diambil semula pada Khamis ini.

Difahamkan, keterangan kali ketiga itu akan diambil bermula jam 9 pagi dilaksanakan di kediamannya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

"Keterangan individu bergelar Tan Sri itu akan diambil di kediamannya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Rabu dan Khamis minggu lepas, SPRM telah hadir ke kediaman Tan Sri terbabit untuk proses merakam keterangan.

Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) turut digunakan dalam proses penggeledahan kediaman terbabit kerana disyaki menyimpan senjata.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menyita aset dalam negara bernilai RM141 juta, manakala RM15 juta aset di luar negara sedang dikesan.

Pecahan sitaan itu antaranya membabitkan akaun individu RM4.5 juta, akaun syarikat RM33 juta, kondominium mewah dan tanah RM24.5 juta, jam tangan mewah RM26 juta, sembilan unit kereta mewah RM7.65 juta dan barangan kemas serta berlian RM10 juta.

Barangan lain yang disita adalah tas tangan mewah RM6 juta, jongkong, patung emas dan syiling emas yang dianggarkan bernilai RM3 juta, empat ekor kuda bernilai RM400,000.

Artikel Berkaitan:

Projek lebuh raya yang bernilai RM1.67 bilion ini juga gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan siasatan juga menumpukan isu rasuah bernilai RM12 juta yang dibayar kepada pihak tertentu sebagai balasan membantu membuat pengaliran wang keluar dan dikembalikan semula kepada suspek.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!