Tiada aktiviti mendulang emas secara haram berskala besar di Kelantan - Mohamed Fadzli

Mohamed Fadzli
Mohamed Fadzli
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti mendulang emas secara haram berskala besar sedang dijalankan di negeri berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pengecualian hanya membabitkan kes mendulang emas secara kecil‑kecilan, dengan empat kes direkodkan antara 2020 dan 2025.

“Kesemua individu terbabit telah dipanggil dan dinasihatkan tentang prosedur serta langkah keselamatan sesuai. Dalam isu ini, orang ramai juga digesa melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aktiviti perlombongan haram yang besar di hutan negeri ini.

“Setakat ini, ketidakpatuhan terhadap prosedur menjadi isu utama, bukan aktiviti besar‑besaran,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan di media sosial kononnya terdapat aktiviti mendulang emas secara besar-besaran di negeri itu.

Sementara itu, Mohamed Fadzli menegaskan sebarang serbuan atau tindakan oleh agensi Persekutuan terhadap aktiviti perlombongan haram di negeri itu mesti melibatkan kerjasama dengan agensi negeri.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan dan mencegah pencemaran alam sekitar, termasuk mempelajari daripada insiden di Lubuk Mandi, Terengganu yang pernah mencetuskan masalah keselamatan dan ekologi. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!