TUDM di landasan kukuh perkasa keupayaan dan kesiapsiagaan

Mohd Asghar Khan bergambar bersama anggota perbarisan dengan Formasi ‘TUDM 67’ dan pesawatpesawat TUDM
Mohd Asghar Khan bergambar bersama anggota perbarisan dengan Formasi ‘TUDM 67’ dan pesawatpesawat TUDM
A
A
A

 

KUANTAN- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini berada di landasan kukuh dalam memperkasa keupayaan dan kesiapsiagaan sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, cabaran keselamatan masa kini menuntut TUDM tampil sebagai sebuah organisasi yang proaktif, fleksibel dan berorientasikan masa hadapan.

Menurutnya, pendekatan itu selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM, iaitu CAP55 yang menjadi panduan strategik ke arah pembentukan angkatan udara bersifat modular, efisien, berkeupayaan tinggi dan saling terhubung.

“Hari ini, kita berdepan landskap keselamatan yang kian kompleks, merangkumi konfl ik konvensional, ancaman tidak simetrik, serangan siber, peperangan kognitif serta kemunculan teknologi disruptif.

Mohd Asghar Khan memeriksa perbarisan pada sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67.
Mohd Asghar Khan memeriksa perbarisan pada sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67.

“Oleh itu, saya tegaskan bahawa CAP55 bukan sekadar pelan penggantian aset, sebaliknya ia merupakan pelan transformatif menyeluruh melibatkan penstrukturan organisasi, integrasi sistem peperangan bersepadu, pengukuhan latihan, keupayaan logistik pintar serta pengoperasian berasaskan konsep multi-domain operations,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM ke-67 di Pangkalan Udara Kuantan, di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

MOHD ASGHAR KHAN
MOHD ASGHAR KHAN

Mohd Asghar Khan memberitahu, pelan tersebut merupakan agenda jangka panjang untuk generasi akan datang.

“CAP55 bukan untuk saya dan kepimpinan yang ada sekarang, tetapi untuk perwira serta perajurit masa depan yang akan menggalas amanah mempertahankan ruang udara negara.

“Alhamdulillah, TUDM hari ini berada di landasan kukuh sebagai benteng pertahanan negara, hasil sumbangan semua generasi sejak 1958.

Mohd Asghar Khan memberikan sijil Kepujian kepada salah seorang anggota TUDM.
Mohd Asghar Khan memberikan sijil Kepujian kepada salah seorang anggota TUDM.

“Kita akan terus mara ke hadapan dalam usaha peningkatan keupayaan dan kekal bersiap siaga demi kedaulatan tanah air tercinta,” katanya.

Mohd Asghar Khan memaklumkan kekuatan sebenar TUDM bukan hanya terletak pada keupayaan aset dan teknologinya, tetapi juga pada komitmen dan semangat warganya yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.

“TUDM kini berada di landasan yang kukuh dalam melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai benteng pertahanan negara.

“Ini merupakan hasil sumbangan bakti seluruh kepimpinan dan warganya sejak tahun 1958 sehingga kini,” katanya.

Mohd Asghar Khan menambah, TUDM juga perlu memberi tumpuan kepada pemerkasaan modal insan sebagai teras utama dalam mendepani cabaran masa depan.

Mohd Asghar Khan menyerahkan sumbangan kebajikan anggota cedera dan pesakit kronik kepada salah seorang penerima pada Majlis Jamuan Makan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67.
Mohd Asghar Khan menyerahkan sumbangan kebajikan anggota cedera dan pesakit kronik kepada salah seorang penerima pada Majlis Jamuan Makan Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67.

“Kita harus melahirkan juruterbang mahir, jurutera berinovasi, pakar siber strategik dan pemimpin yang berani membuat keputusan dalam situasi tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, transformasi fi zikal dan teknikal perlu seiring dengan tadbir urus berintegriti serta pengurusan sumber yang efisien.

“Saya mahu seluruh warga TUDM memastikan perbelanjaan berhemah, ketelusan dalam pelaksanaan projek dan menolak sebarang bentuk penyelewengan,” tegasnya.

Mengulas mengenai pengurusan keselamatan, beliau mengingatkan disiplin adalah tiang kecemerlangan operasi dan segala latihan serta operasi perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Kita tidak boleh berkompromi dalam pengurusan keselamatan,” katanya.

MOHAMED KHALED
MOHAMED KHALED

Dalam masa sama, beliau turut memberi penekanan terhadap aspek kebajikan warga TUDM, termasuk kesejahteraan fizikal, mental dan keluarga.

“Prinsip work-life balance perlu diberi perhatian agar warga kita kekal bermotivasi, fokus dan sejahtera.

“Prasarana tempat tinggal dan kemudahan kerja yang baik bukan sahaja meningkatkan moral, tetapi turut menyumbang kepada keberkesanan tugas serta kesejahteraan jangka panjang anggota dan keluarga mereka,” katanya.

Tiga emas inovasi dunia, diiktiraf pasukan terbaik LIMA’25

Sementara itu, Mohd Asghar Khan berkata, TUDM juga menerima tiga pingat emas di Seoul International Invention Fair (SIIF) membuktikan keupayaannya, bukan hanya unggul di ruang angkasa, tetapi turut mencipta nama di pentas inovasi dunia.

Lebih membanggakan, TUDM turut diiktiraf sebagai pasukan inovasi terbaik sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), hasil persembahan pembukaan yang memukau serta pameran teknologi berimpak tinggi.

TUDM Ungguli Seoul International Invention Fair (SIIF) dengan tiga emas dan satu perak.
TUDM Ungguli Seoul International Invention Fair (SIIF) dengan tiga emas dan satu perak.

Mohd Asghar Khan berkata, pencapaian itu membuktikan TUDM bukan sahaja pengguna teknologi, malah pencipta penyelesaian ketenteraan bernilai strategik.

“Inilah manifestasi keupayaan intelektual warga TUDM, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa dokongan padu daripada seluruh lapisan kepimpinan, para panglima, komander dan ketua-ketua formasi yang sentiasa mempercayai serta menyokong usaha inovasi warga kita.

“Saya mahu legasi ini diteruskan, para Inovator kita bukan sekadar penyumbang idea tetapi aset strategik TUDM yang wajar dipelihara dan dihargai,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang lebih enam dekad, TUDM bukan sahaja telah melalui satu perjalanan penuh cabaran tetapi membanggakan. Jelasnya, TUDM berkembang menjadi sebuah angkatan udara moden, kredibel dan dihormati di peringkat serantau serta antarabangsa.

Beliau menambah, sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 pada tahun ini diadakan sedikit lewat kerana penglibatan penuh pasukan kita dalam LIMA’25.

“Pada 20 hingga 24 Mei lalu, Langkawi menjadi saksi keupayaan dan profesionalisme TUDM yang merangkumi libat urus diplomatik, segmen pameran statik, pelaksanaan aspek penganjuran dan pertunjukan udara yang memukau serta membangkitkan inspirasi.

“Komitmen ini menzahirkan peranan TUDM sebagai pemacu kejayaan LIMA yang dianjurkan setiap dua tahun sekali.

“Saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua terlibat daripada perancang, pelaksana operasi hinggalah petugas di lapangan di atas kejayaan menjadikan LIMA 2025 sebagai simbol profesionalisme dan kesiapsiagaan TUDM,” katanya.

Gabungan aset-aset udara pamer kesiagaan dan keupayaan TUDM

Mohd Asghar Khan menyempurnakan acara memotong pulut kuning bersama barisan pucuk kepimpinan TUDM dan mantan-mantan Panglima Tentera Udara.
Mohd Asghar Khan menyempurnakan acara memotong pulut kuning bersama barisan pucuk kepimpinan TUDM dan mantan-mantan Panglima Tentera Udara.

Lima helikopter milik TUDM melakukan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM ke-67 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Pangkalan Udara Kuantan, di sini pada Isnin.

Formasi lintas hormat itu membabitkan dua pesawat EC725 AP dan tiga pesawat AW139 yang berlegar di ruang udara tatkala acara Perbarisan Tempur Berjalan Lalu sedang berlangsung.

Majlis istiadat itu disempurnakan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang turut mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan lintas terbang membabitkan pesawat tempur dan angkut TUDM antaranya Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet, A400M, C-130H, CN235 serta helikopter EC725 AP dan AW139.

Seramai 498 pegawai dan anggota TUDM menyertai perbarisan tersebut yang dibahagikan kepada lapan Flait, diketuai Leftenan Kolonel Hafi zuddin Rashid, Pegawai Memerintah No 2 Skuadron.

Mengiringi perbarisan adalah gabungan pancaragam dari Pusat TUDM, Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Udara, di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Mohd Rizal Mohd Noor.

Sambutan tahun ini membawa tema, ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’ yang mencerminkan prinsip asas dan aspirasi TUDM sebagai angkatan keselamatan yang kekal kredibel dalam memartabatkan kedaulatan negara.

TUDM menjadi elemen penting dalam sistem pertahanan negara, bertindak sebagai perisai yang melindungi kemakmuran tanah air daripada sebarang ancaman.

Ia turut berperanan besar dalam misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!