Keselamatan siber negara tetap jadi keutamaan - Mindef

Adly (tengah) bersama sebahagian daripada tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat DUN Kota Lama di Kota Bharu pada Khamis.
Adly (tengah) bersama sebahagian daripada tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat DUN Kota Lama di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU – Tahap keselamatan negara kekal menjadi antara keutamaan Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam menghadapi ancaman keselamatan siber yang kian kompleks dan berisiko tinggi pada masa kini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, aspek keselamatan siber perlu diberikan perhatian serius memandangkan ia melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara yang perlu sentiasa berada pada tahap optimum.

Adly
Adly

“Sebagai langkah kesiapsiagaan, Mindef telah menubuhkan Bahagian Sains dan Elektromagnetik Pertahanan.

“Bahagian ini akan bertanggungjawab mengurus segala keperluan berkaitan siber dan teknologi dalam usaha menghadapi ancaman yang semakin mencabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad.

Mengulas lanjut, Adly berkata selain aset fizikal, tenaga kerja yang berkepakaran dalam bidang keselamatan siber sedang dibangunkan secara berfasa bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Pada masa yang sama, Mindef turut merancang untuk memperluaskan domain laman sesawang bagi ketiga-tiga cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu tentera darat, laut dan udara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!