Tak tahan dengar tangisan, pengasuh seksa kanak-kanak 2 tahun hingga mati

Pasangan suami isteri didakwa menyeksa bayi berusia dua tahun hingga maut hanya kerana mangsa sering menangis. Foto Agensi
Pasangan suami isteri didakwa menyeksa bayi berusia dua tahun hingga maut hanya kerana mangsa sering menangis. Foto Agensi
A
A
A

PEKANBARU – Dua pengasuh tidak berperikemanusiaan akhirnya membuka mulut tentang perbuatan kejam mereka yang telah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Pasangan suami isteri, Alvino Yoki Saputra, 28, dan isterinya Yogi Pratiwi @ Wiji, 24, tergamak menyeksa mangsa dikenali sebagai ZR hanya kerana sering menangis.

Wiji turut merakamkan perbuatan suaminya yang mencekik kanak-kanak malang itu.

“Suspek mengaku berasa sakit hati kerana ZR merengek dan menangis tanpa henti,” ujar Kepala Satuan Reserse Kriminal Polres Kuansing, AKP Shilton.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati kedua-dua pelaku telah berulang kali menyeksa mangsa.

“Mulut mangsa akan ditampar, punggungnya dipukul dan seluruh tubuhnya dicubit setiap kali kanak-kanak itu menangis. Mereka juga mengikat kaki, tangan dan mulut bayi itu dengan pita pelekat,” jelasnya lagi.

Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu, beberapa hari selepas ibu mangsa yang keluar bekerja menghantarnya kepada pasangan suami isteri terbabit.

“Bayi itu meraung sekuat hati selepas terjaga dari tidur. Alvino kemudiannya memandikan ZR dan naik angin apabila dia menangis tanpa henti.

“Dia menolak mangsa sehingga terhantuk pada bucu almari sebelum mencekiknya sambil memarahi dan menyuruhnya diam beberapa kali. Dia menyambung penderaan ke atas ZR di rumah keluarganya dan mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu,” menurut Shilton.

Artikel Berkaitan:

Mereka kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke pusat kesihatan masyarakat dan mendakwa dia kononnya mengalami kemalangan di jalan raya.

Keadaan ZR yang kritikal menyebabkan dia dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada Rabu lalu.

Ibu mangsa yang curiga dengan kesan lebam pada seluruh tubuh anaknya bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!