'Anda (Israel) mula anda akan hancur'

Kenderaan melintas di Dataran Palestine, Teheran, berhampiran sepanduk yang memberi amaran kepada Israel mengenai serangan misil balistik balas, pada Februari 2026. Foto Agensi
Kenderaan melintas di Dataran Palestine, Teheran, berhampiran sepanduk yang memberi amaran kepada Israel mengenai serangan misil balistik balas, pada Februari 2026. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Sebuah papan iklan propaganda di Dataran Palestin, Teheran, memaparkan amaran serangan balas menggunakan peluru berpandu balistik terhadap Israel sekiranya Tentera Pertahanan Israel (IDF) atau tentera Amerika Syarikat menyerang Iran.

Imej iklan tersebut yang tular di media sosial pada Ahad menampilkan peta pusat Israel dengan beberapa sasaran utama yang diserlahkan, termasuk Lapangan Terbang Ben-Gurion, ibu pejabat pangkalan Kirya IDF di Tel Aviv, dan pangkalan Pengarah Perisikan IDF di Glilot berhampiran Herzliya, bersama beberapa lokasi strategik lain.

Bagaimanapun, Baitulmaqdis (Jerusalem) tidak dipaparkan pada peta tersebut.

Papan itu juga memaparkan imej meja operasi tentera dengan butang merah 'tembak', pesawat pejuang, dua peluru berpandu balistik, dan peralatan komunikasi, berserta nota politik.

Sebuah misil Iran dipamerkan semasa perhimpunan memperingati Hari Quds tahunan di Teheran, 29 April 2022.-Agensi
Sebuah misil Iran dipamerkan semasa perhimpunan memperingati Hari Quds tahunan di Teheran, 29 April 2022.-Agensi

Tajuk papan tersebut berbunyi: “Kamu mula... Kami tamatkan”.

Tulisan dalam Bahasa Ibrani pada papan tersebut berbunyi: “Menghadapi jambatan peluru berpandu, ia kawasan kecil dan Tel Aviv-Jaffa, Herzliya, Ramat Gan, Bnei Brak... pada hari pertama”, yang membawa maksud ancaman serangan terhadap beberapa lokasi strategik di pusat Israel pada gelombang peluru berpandu pertama.

Papan propaganda di Dataran Palestin sering menjadi fokus bagi propaganda anti-Israel dan anti-AS oleh Iran.

Bulan lalu, papan lain di lokasi sama memaparkan amaran: “Berhati-hati dengan tentera kamu”, lengkap dengan gambar keranda bertutup bendera Israel dan Amerika Syarikat, mengancam nyawa tentera sekiranya Israel atau AS menyerang Iran.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Papan iklan propaganda di Dataran Palestin, Teheran, memaparkan amaran serangan balas Iran ke atas Israel dengan peluru berpandu balistik Imej di media sosial menunjukkan peta Israel dengan sasaran utama termasuk Lapangan Terbang Ben-Gurion dan ibu pejabat IDF Baitulmaqdis tidak termasuk dalam peta sasaran Papan iklan mempunyai imej meja operasi tentera, pesawat pejuang, dan peluru berpandu balistik dengan tajuk "Kamu mula... Kami tamatkan" Tulisan Bahasa Ibrani pada papan mengancam serangan pada gelombang pertama peluru berpandu ke lokasi-lokasi strategik di pusat Israel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!