Ketua kampung dikecam ‘tabur duit’ di kelab malam

Aksi Casmari menabur wang di kelab malam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan integriti beliau sebagai pemimpin kampung. Foto Agensi
Aksi Casmari menabur wang di kelab malam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan integriti beliau sebagai pemimpin kampung. Foto Agensi
A
A
A

CIREBON – Seorang ketua kampung dari daerah Karangsari, Cirebon, Jawa Barat menerima kecaman netizen selepas videonya menabur wang di sebuah kelab malam tular di media sosial.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Casmari tampil memohon maaf dan mengakui tindakannya itu dilakukan secara spontan, sambil menegaskan bahawa wang yang digunakan adalah milik peribadi, bukannya wang kerajaan atau dana pembangunan kampung.

“Ketika berada di kelab malam, suasananya memang bising dan meriah. Saya pun tak sedar, semuanya berlaku secara spontan,” katanya ketika dihubungi media pada Ahad.

Casmari menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang miskin, malah sudah lama berkecimpung dalam perniagaan tanah dan memiliki pelbagai aset bernilai tinggi.

“Itu duit saya sendiri, bukan duit kampung. Saya ada banyak rumah, tiga buah kereta, dan masyarakat pun tahu saya memang ada perniagaan. Jangan salah tafsir,” ujarnya lagi.

Menurutnya, aktiviti menabur wang atau ‘menyanyi dan menari’ di kelab bukanlah perkara baharu baginya, malah, sebelum menjadi ketua kampung lagi, beliau sudah biasa melakukannya.

“Saya pernah habiskan sampai 15 juta rupiah (RM3,907) dalam satu malam untuk hiburan. Yang tular baru-baru ini pun cuma antara 1 juta hingga 3 juta rupiah (RM260 hingga RM781) sahaja,” katanya.

Casmari turut menegaskan bahawa sejak menjawat jawatan ketua kampung pada 2024, beliau tidak pernah menggunakan gajinya untuk kepentingan peribadi.

“Tahun pertama saya jadi kuwu (ketua kampung), saya sumbangkan semua gaji kepada golongan miskin dan anak yatim di kampung. Tahun kedua pula, saya salurkan untuk program bantuan rumah dan baik pulih jalan kampung yang masih rosak,” katanya. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!