X

Kindly register in order to view this article
!

Azmin sah sertai Bersatu

A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata, permohonan oleh Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

“Ini adalah pendirian parti,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat oleh parti berkuat kuasa serta-merta.

Selain Mohamed Azmin yang turut menyertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Difahamkan seorang lagi Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar akan menjadi ahli bersekutu Bersatu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus