Noh mungkin sertai PN - Mohamed Azmin

KUALA SELANGOR - Perikatan Nasional (PN) membayangkan kemungkinan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyertai gabungan berkenaan.
Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pada masa ini Noh sering berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
"Tan Sri (Noh) tunggu apa lagi (kerana) dua atau tiga hari lepas di (Program Dialog PN) Sungai Besar dan malam ini di Tanjong Karang.
"Anak (Nurul Syazwani) dah masuk, ayah tunggu apa lagi?" Katanya semasa berucap semasa Program Jelajah Selangor Baharu di Kompleks Pas Tanjong Karang di sini pada malam Ahad.