Peperangan dan konflik tiada noktah

No Image Caption
A
A
A

DUNIA kini sedang berdepan dengan pelbagai konflik bersenjata yang memberi kesan besar terhadap kestabilan politik, kemanusiaan dan ekonomi global.

Ia melibatkan pertembungan secara langsung antara negara selain perang saudara atau pemberontakan dalaman yang tiada kesudahan.

Konflik tersebut memberi impak besar dan menyebabkan kematian ribuan orang awam, jutaan penduduk hilang tempat tinggal dan krisis kemanusiaan yang serius.

Berikut adalah senarai konflik utama yang masih berterusan setakat pertengahan 2025.

1. Perang Israel–Iran

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap kemudahan nuklear dan sasaran strategik di Iran pada Jumaat lalu setelah kedua-dua seteru itu terlibat perang bayangan selama beberapa dekad. Sebagai tindak balas, Teheran menembak peluru berpandu dan dron menyasarkan Tel Aviv. Konfrontasi ketenteraan itu dinilai masih aktif dan semakin sengit, dikhuatiri mencetuskan peperangan berskala besar di Asia Barat.

2. Perang Saudara Sudan (Bermula pada April 2023)

Ia melibatkan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang diketuai Mohamed Hamdan Dagalo. Konflik bersenjata yang berlarutan selama lebih dua tahun itu mengakibatkan lebih 12 juta jadi pelarian dan kira-kira empat juta larikan diri ke luar negara. Krisis kemanusiaan teruk sedang melanda Khartoum dan pertempuran masih berterusan kerana tiada usaha untuk berdamai.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

3. Pemberontakan M23 di DRC (Bermula pada 2022 dan kian memuncak pada awal 2025)

Konflik itu membabitkan tentera Khinshasa, sekutu militia dan Gerakan 23 Mac (M23) yang merupakan pasukan separa tentera disokong Rwanda. M23 diketuai etnik Tutsis telah menawan beberapa bandar strategik hingga menyebabkan hubungan antara Republik Demokratik Congo (DRC) dan Kigali terjejas. Data sehingga Mac lalu mendapati hampir tujuh juta penduduk seluruh DRC jadi pelarian dalam negara.

No Image Caption

4.Perang Saudara Myanmar (Bermula pada 2021)

Krisis itu tercetus sejak insiden rampasan kuasa. Pasukan tentera bertempur dengan beberapa kumpulan etnik bersenjata. Puak pemberontak menguasai kawasan luar bandar dan junta tentera pula terus membedil perkampungan. Lebih 50,000 terbunuh manakala kira-kira tiga juta penduduk hilang tempat tinggal. Proses damai masih menemui jalan buntu meskipun ASEAN sudah campur tangan.

No Image Caption

5.Krisis India-Pakistan

Kedua-dua negara kuasa nuklear itu terlibat konfrontasi ketenteraan terburuk pada April lalu. Ia berpunca daripada serangan kumpulan militan di lokasi pelancongan di wilayah yang jadi rebutan, Kashmir. Perang singkat selama empat hari itu berakhir setelah pelaksanaan gencatan senjata rapuh. Situasi antara Islamabad dan New Delhi masih tegang berikutan rundingan damai masih belum bermula.

No Image Caption

6.Perang Saudara Yemen (Bermula pada 2014)

Konflik antara gerakan Huthi dan tentera kerajaan itu berlarutan selama lebih sedekad. Pertempuran masih melanda beberapa kawasan berikutan gencatan senjata yang tidak konsisten. Krisis itu mengakibatkan kira-kira 80 peratus penduduk di Sanaa memerlukan bantuan kemanusiaan manakala jutaan hilang tempat tinggal.

No Image Caption

7.Perang Rusia-Ukraine (Bermula pada 2022)

Krisis melibatkan kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu bermula setelah Moscow melancarkan kempen pencerobohan pada Februari 2022. Kiev yang mendapat bantuan Barat termasuk bekalan senjata turut melancarkan serangan balas. Peperangan masih berterusan setelah proses damai yang berlangsung baru-baru ini menemui jalan buntu. Hampir empat juta penduduk di Ukraine menjadi pelarian dalam negara manakala puluhan ribu terkorban.

No Image Caption

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!