Hujan misil Iran sasar utara Israel

Hujan peluru dilancarkan Iran itu menyebabkan penduduk Israel ketakutan. Foto Agensi
Hujan peluru dilancarkan Iran itu menyebabkan penduduk Israel ketakutan. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Iran melancarkan serangan misil balistik bertubi-tubi ke Israel.

Hujan peluru berpandu itu menyebabkan penduduk Tel Aviv ketakutan dan berlindung di bunker walaupun siren hanya dibunyikan di kawasan utara dan Haifa setelah sistem pertahanan udara diaktifkan.

Sejak perang terbuka antara Iran dan Israel tercetus pada Jumaat, Teheran telah melancarkan tiga serangan misil balistik secara besar-besaran di bawah serangan balas dan mengakibatkan puluhan cedera di beberapa bandar.

Kedua-dua seteru itu saling berbalas serangan sejak tiga hari lalu dan Tel Aviv turut menyasarkan depot gas utama dan kemudahan penapisan minyak di beberapa kawasan di ibu kota Iran hingga menyebabkan kepulan asap tebal serta api menjulang tinggi pada awal pagi Ahad.

Kementerian Minyak Iran mengesahkan depot bahan api dan petrol Shahran yang mempunyai 11 tangki simpanan antara yang dibedil musuh setelah serangan itu bermula sejak malam Sabtu.

Sasaran Zionis kini beralih kepada fasiliti tenaga yang merupakan sumber penting eksport tunai untuk negara dan tenaga domestik selepas ia membedil kemudahan nuklear Teheran. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!