Pelajar maut ditimpa pokok dalam kampus

Seorang pelajar lelaki Universiti Feng Chia,Taiwan maut selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian petang Jumaat. Foto CNA
Seorang pelajar lelaki Universiti Feng Chia,Taiwan maut selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian petang Jumaat. Foto CNA
A
A
A

TAICHUNG – Seorang pelajar lelaki Universiti Feng Chia,Taiwan maut selepas ditimpa sebatang pokok besar yang tumbang dalam kejadian petang Jumaat.

Menurut laporan Central News Agency (CNA), kejadian berlaku sekitar jam 5.03 petang di laluan utama kampus yang diteduhi pokok rendang berusia puluhan tahun, ketika hujan lebat melanda kawasan itu sepanjang hari.

Mangsa, 23 tahun ketika itu sedang berjalan bersama teman wanitanya sebelum secara tiba-tiba dihempap pokok terbabit yang tumbang secara mengejut.

Teman wanita mangsa dilaporkan menyaksikan sendiri kejadian ngeri itu dan segera meminta bantuan.

Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi dan menggunakan peralatan khas untuk memotong batang pokok sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Zhonggang Qingshing namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba akibat kecederaan parah.

Tambahnya, tiga individu lain turut cedera dalam insiden sama, namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Tiga individu lain turut cedera dalam insiden sama. Foto CNA
Tiga individu lain turut cedera dalam insiden sama. Foto CNA

Artikel Berkaitan:

Jurucakap hospital memaklumkan, mangsa mengalami pelbagai patah tulang, trauma teruk pada bahagian muka dan dada serta kecederaan terbuka pada beberapa anggota badan.

Siasatan awal mendapati struktur akar pokok terbabit lemah dipercayai berpunca daripada faktor usia dan hakisan tanah.

Pihak Universiti Feng Chia dalam satu kenyataan memaklumkan mereka amat sedih dan kesal atas tragedi berkenaan, serta akan menjalankan audit keselamatan menyeluruh terhadap semua pokok di dalam kampus.

“Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan segera termasuk langkah pemangkasan, penilaian risiko pokok dan tindakan pembaikan bagi mengelakkan kejadian berulang,” kata kenyataan itu.

Kawasan kejadian turut ditutup sementara bagi tujuan siasatan dan keselamatan orang ramai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!