Turki catat kes pertama Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Kes pertama koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Turki membabitkan seorang lelaki yang baru pulang dari Eropah, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca, lapor agensi berita Sputnik.

Memetik laporan akhbar Daily Sabah, hari ini lebih 100,000 orang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia, majoritinya telah pulih dan kira-kira 4,000 orang meninggal dunia.

Covid-19 mula dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Di Eropah, negara paling teruk terjejas ialah Itali dan situasi semakin serius di Perancis dan Jerman. - Bernama

Artikel Berkaitan: