Sultan Pahang gusar ajaran sesat aliran Al-Ahmadiah kembali menular

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran penularan ajaran sesat aliran Al-Ahmadiah yang dikesan berlaku di Temerloh.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran penularan ajaran sesat aliran Al-Ahmadiah yang dikesan berlaku di Temerloh.
A
A
A

TEMERLOH - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran penularan ajaran sesat aliran Al-Ahmadiah yang dikesan berlaku di daerah ini.

Titah baginda, ajaran tersebut tidak perlu disebarkan semula selepas sekian lama difatwakan haram oleh pihak berkuasa agama negara.

“Ajaran ini telah diharamkan. Kenapa masih ada tiga, empat orang yang masih mahu menyebarkannya?

"Dari segi undang-undang dan fatwa, ia jelas menyalahi ketetapan agama,” titah baginda ketika majlis menyantuni mangsa ribut di Temerloh pada Jumaat.

Al- Sultan Abdullah bertitah demikian apabila dimaklumkan terdapat individu yang cuba menyebarkan fahaman sesat berkenaan kepada penduduk setempat di daerah ini.

Titah baginda, penyebaran ajaran salah seperti aliran Al-Ahmadiah boleh merosakkan akidah umat Islam dan menggugat keharmonian hidup masyarakat, khususnya di negeri ini yang sejak sekian lama berpaksikan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Saya harap ada kebijaksanaan. Tolong nasihatkan mereka supaya jangan ajar sesuatu yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Ugama Islam Pahang,” titahnya lagi.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!