Tindakan tegas terhadap penyedia media sosial gagal patuhi peraturan - SKMM

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Komunikasi Korporat SKMM memaklumkan, langkah itu penting bagi memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan mematuhi kerangka perundangan sedia ada.
"Suruhanjaya telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang dilapor menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau, serta unsur berbaur ancaman.
"Kandungan-kandungan diterbitkan bukan sahaja mengelirukan orang awam, bahkan boleh melemahkan kepercayaan orang awam terhadap institusi awam dan berpotensi menggugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube telah bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat Rabu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 174,473 kandungan dalam talian yang dimohon untuk diturunkan sepanjang tahun ini.
Kenyataan itu turut menjelaskan, SKMM telah melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk sesi rundingan dengan penyedia platform media sosial.
"Bagaimanapun, tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap tidak memuaskan, meskipun usaha berterusan telah dilakukan.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, suruhanjaya terbabit kekal komited dalam usaha melindungi orang awam daripada ancaman kandungan berbahaya.
Tambahnya, usaha itu bagi memastikan internet menjadi ruang selamat, beretika dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Terdahulu, media melaporkan platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube telah bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat Rabu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 174,473 kandungan dalam talian yang dimohon untuk diturunkan sepanjang tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!