Khabarnya lori Petronas paling selamat, kurang kemalangan

Pemandu lori Petronas hanya memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam kerana kenderaan itu turut dilengkapi sistem had kelajuan. Foto hiasan
Pemandu lori Petronas hanya memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam kerana kenderaan itu turut dilengkapi sistem had kelajuan. Foto hiasan
A
A
A

SEJAK insiden 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin, ada banyak kisah yang dilaporkan.

Tidak ketinggalan satu ulasan di media sosial yang mendakwa lori tangki minyak yang dimiliki oleh Petronas adalah yang dikatakan paling selamat dan jarang mengalami kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian itu, kejayaan syarikat minyak dan gas negara berjaya mengurangkan kes kemalangan melibatkan aset mereka itu kerana operasi membawa produk petroleum ke stesen-stesen minyak diuruskan dengan berhemah dan tidak terburu-buru di jalan raya.

Difahamkan, pemandu lori Petronas hanya memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam kerana kenderaan itu turut dilengkapi sistem had kelajuan.

Terdapat juga kamera yang merakam pada bahagian dalam dan luar lori.

Orang ramai juga boleh membuat aduan sekiranya mendapati pemandu didapati memandu dengan laju atau berbahaya.

Pemandu juga dilatih untuk menguruskan bahan mudah terbakar dan mereka tidak dibayar mengikut perjalanan.

Ia mungkin menyebabkan mereka tidak terburu-buru untuk menghantar minyak dan tiada istilah mengejar masa atau kejar trip.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, setiap lori juga perlu dapat kebenaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk melakukan perjalanan.

Malah, setiap pemandu wajib ikut prosedur operasi standard (SOP) atau markah mereka akan ditolak.

Jika inilah langkah-langkah keselamatan yang diambil, maka eloklah sistem yang diterapkan Petronas itu dijadikan panduan dan SOP kepada semua syarikat yang mengendalikan kenderaan berat di negara ini.

Antara bawa nyawa dan minyak, sudah nyawa lebih penting.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!