Generasi tak boleh ditegur, sikit-sikit 'koyak'

Generasi sekarang tak boleh ditegur. Kalau dulu orang kena tegur, dia muhasabah diri. Sekarang kena tegur, dia buka SISPAA untuk buat aduan. Foto hiasan
Generasi sekarang tak boleh ditegur. Kalau dulu orang kena tegur, dia muhasabah diri. Sekarang kena tegur, dia buka SISPAA untuk buat aduan. Foto hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan geram betul dengan perangai individu yang buat aduan terhadap Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr Badli Shah Alauddin berhubung ceramahnya yang menyentuh topik 'generasi strawberi'.

Menyampah pun ada. Kalau ditegur pun terasa, bagaimana hendak dibentuk menjadi manusia yang matang? Kalau baru dicuit sudah melenting, memang sah generasi strawberi.

Anda yang membuat aduan itu baru sahaja membuktikan 100 peratus apa yang Dr Badli Shah cakap itu betul.

Nampak cantik luar, tapi lembut dalam. Kena tekan sikit, penyek!

Apa yang beliau cakap itu bukan benda baru. Dari dulu lagi tok guru Merak Jalanan akan tegur isu daya tahan, adab dengan tekanan, jangan manja. Cuma kali ni mungkin Dr Badli Shah guna bahasa yang agak keras: "Lembik, manja, sikit-sikit healing."

Generasi sekarang tak boleh ditegur. Kalau dulu orang kena tegur, dia muhasabah diri. Sekarang kena tegur, dia buka SISPAA untuk buat aduan.

Jika setiap nasihat agama yang tidak menyenangkan terus diadukan, dibimbangi institusi agama akan hilang keberanian untuk menegur.

SISPAA adalah hak rakyat untuk membuat aduan. Namun, kematangan juga dinilai apabila kita mampu membezakan antara penghinaan dan nasihat.

Merak Jalanan tidak pula mengatakan semua anak muda begitu. Ramai juga yang berjiwa kental, terbuka dan tahu membezakan teguran dengan penghinaan.

Artikel Berkaitan:

Cuma, janganlah kerana segelintir yang cepat koyak, seluruh masyarakat terpaksa berjalan berhati-hati seperti memijak kaca.

Kalau teguran pun dianggap sebagai satu ancaman, bagaimana hendak berdepan cabaran kehidupan?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!