Pahang mahu PBT hentikan jualan vape selewat-lewatnya awal 2026 - Exco

Kerajaan negeri juga mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa pengharaman vape dari sekarang. (Gambar kecil: Syed Ibrahim Syed Ahmad)
Kerajaan negeri juga mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa pengharaman vape dari sekarang. (Gambar kecil: Syed Ibrahim Syed Ahmad)
A
A
A

KUANTAN - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang diminta memberikan kerjasama bagi memastikan penjualan rokok elektronik atau vape dapat dihentikan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Exco Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata usaha berkenaan dilaksanakan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju dengan fatwa pengharaman vape.

"MMK pada 14 Mei bersetuju dengan fatwa Mufti Kerajaan Pahang (Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim) yang telah dipanjangkan ke Pejabat Penasihat Undang-Undang pada 19 Mac lepas.

"Kerajaan negeri juga mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa berkenaan dari sekarang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu. 

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang sebelum ini telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram kerana memudaratkan kesihatan dan membawa kepada pembaziran.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini dilaporkan menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik diharamkan secara total. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!