Lima rumah setinggan musnah terbakar

KUALA LUMPUR - Lima buah rumah setinggan di Jalan Klang Lama, di sini, musnah dalam kebakaran, pada Isnin.
Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 1.45 pagi.
"Seramai 27 anggota dan pegawai bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh serta bantuan BBP Hang Tuah, BBP Pantai dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 2.5 kilometer," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Armdan berkata, pihaknya tiba di lokasi enam minit kemudian mendapati lima buah rumah setinggan terbakar.
"Api berjaya dikawal pada jam 2.23 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' sedang dijalankan.
"Kesemua rumah yang terlibat tidak berpenghuni dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
