Surah Al-Hajj bergema di Masjid Jamek Al-Hidayah sempena Program Arafah #Quran Hour

Antara peserta yang mengambil bahagian pada Program Arafah #Quran Hour peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Masjid Jamek Al-Hidayah, Kuala Muda pada Jumaat.
Antara peserta yang mengambil bahagian pada Program Arafah #Quran Hour peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Masjid Jamek Al-Hidayah, Kuala Muda pada Jumaat.
A
A
A

KEPALA BATAS - Bacaan Surah Al-Hajj bergema di Masjid Jamek Al-Hidayah, Kuala Muda di sini bersempena Program Arafah #Quran Hour peringkat Pulau Pinang yang julung kali dianjurkan, pada Jumaat.

Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, bacaan Surah Al-Hajj ayat 1 hingga 23 itu dipimpin Qari Pulau Pinang, Ustaz Abhar Hazi Halim.

Menurutnya, Surah al-Hajj dijadikan surah utama Arafah #QuranHour yang memfokuskan elemen takwa, sabar dan disiplin.

"Penganjuran Program Arafah #Quran Hour peringkat Pulau Pinang ialah satu gandingan kerjasama mesra antara Persatuan Rumah Ngaji Pulau Pinang dan Masjid Jamek Al-Hidayah Kuala Muda.

"Syukur program ini berjaya menarik kehadiran lebih 300 peserta khususnya kumpulan muslimat selain mendapat sokongan barisan jawatankuasa muslimin dari masjid dan surau kawasan Penaga, di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Antara yang menjayakan acara ini termasuk Rumah Ngaji Masjid Pulau Mertajam, Rumah Ngaji Masjid Abdul Samad, Rumah Ngaji Masjid Permatang Binjai, Rumah Ngaji Permatang Tok Gelam, Rumah Ngaji Syahada, Rumah Ngaji Masjid Pekan Darat, Rumah Ngaji Ustazah Halimah serta Rumah Ngaji Dewan Bakar Kapur.

Hadir sama, Pengerusi Rumah Ngaji Pulau Pinang, Taufik Abdul Rahman dan Pengerusi Masjid Jamek Al-Hidayah, Abdullah Yaacob.

Dalam pada itu, Zaiton berkata, antara pengisian lain yang diadakan seperti persembahan multimedia yang menggabungkan video Arafah #Quran Hour Ummah Ikhlas serta Cetusan Mesej Lima Formula Membina Karakter Duyufurrahman dan solusi Kad Arafah #Quran Hour.

Jelasnya, menerusi perkongsian itu ia dapat menghayati karakter kesedaran bertuhan, sabar, jujur, bersatu, berdisiplin dan proaktif

Artikel Berkaitan:

Arafah #QuranHour, yang diadakan pada hari Wukuf, memberi ruang refleksi diri yang mendalam kepada para jemaah dalam suasana puncak ibadah haji.

Ia memperkukuh nilai spiritual yang terbina melalui manasik, disulami dengan tadabbur al-Quran secara tematik, menjadikan haji bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi pengukuhan jiwa yang sebenar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!